Friday, 5 April 2013

Aku sudah jatuh cinta




Assalamualaikum jelitawan !


bila entah kali terakhir aku buat kunjungan rasmi dekat blog ni. nak masuk duapuluhtahun ni rasa busy yang taknak kalah setiap masa semakin menjadi jadi. itulah antara alasan cliche bila lama tak update entry. ini semua poyo semata mata! kalau species macam aku ni, jawapan dia senang je. sebab aku m a l a s. muehehe

ekhemmm.

berbalik kepada topik asal, ko tengok tajuk tu kemain, ni kalau makbapak aku baca ni mahu kena soal siasat tiga hari tiga malam. Tapi tak kira, nak cerita jugak,nak cerita jugak sesambil hentak hentak kaki.Hiks.

Aku sudah jatuh cinta pada Dia

kalau hangpa pikiaq cek nak habaq mai pasal prince charming, maaf. sila klik ke close button segera. kuang hajaq tak aku halau orang? :P

                                                                  ......................................

seriously, aku ni bukan lah baik mana bertudung labuh bidang 60'' bahkan acapkali tidak memakai sarung kaki bila kat luar rumah.Tapi Allah sweet sangat nak tolong aku, even sometimes aku sombong gila dengan nikmat yang Dia bagi=(

Antara nikmat yang aku paling tak paham bahasa nak bersyukur ialah nikmat KELAPANGAN. haa, ni teringat pulak lagu raihan demi masa tu. Dulu time hingusan abah selalu pasang dalam kereta and kami adik beradik insaf seketika cuma. Aku tak ingat sangat lirik dia except part chorus. meh,aku nyanyikan

"demi masa,sesungguhnya manusia kerugian
melainkan yang beriman dan yang beramal soleh

Chorus
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

ooooo......."

Aku ni jenis kepala yang suka sangat buat kerja last minute. kalau kerja kena hantar pukul 1.00pm, kalau boleh aku nak hantar pukul 12.59pm. Haaa,nampak tak betapa serius nya penjagaan masa aku? bhahaha. Kalau kelas start pukul 9am, pukul 8.59am baru nampak aku lenggang kangkung dengan breakfast. Memang payah gila lah nak kikis habit ni, sebab aku dah terbiasa. Aku tak suka ubah jadual waktu aku just to make it compatible with others. Biasanya petang aku free & tergolek atas katil macam anak gajah, so kalau tetiba ada orang text last minute suruh buat kerja memang cari nahas sungguh la. gangsta tak i? wekk.

Minggu lepas aku busy nak prepare kuiz bio and chem. Then,aku terlupa ada satu kerja penting yg aku patut selesaikan before 4th April. I thought kena submit benda alah tu BY 4 April. and dalam pd masa yang sama 4 April jugaklah aku nak balik Kuantan. Gila betul aku rasa. So on that day aku ada kelas at 9 and kuiz bio at 11 til 1. After that,kena rushing nak pergi naik bas sebab tiket dah beli.

Cut the story short, pagi tu aku dah serabut banyak sangat things rush up. Dalam hati aku terlintas, kalau lah  kelas at 9 tu habis awal, aku nak siapkan jugak kerja yang tertangguh tu.Just a random intention.

He answered my prayer

Kelas at 9 was cancelled. Alhamdulillah ! Tahu tak betapa girang,indah,bahagia nya perasaan aku masa tu? Sweet sangat Dia pada aku;') Ada masa nak buat last revision untuk kuiz bio & alhamdulilah kerja tu dapat submitted before balik. Dapatlah aku balik dengan hati berbunga mekar.ihiks.Sebagai pembalasan, aku telah menghadiahi diriku 2 bungkus KitKat(bungkus ke?) lalalala~




Bukan sekali dua Allah sweet dengan aku, indeed, endlessly ! uollss haruslah jealous okay. bhahaha. Learnt the lesson people. Allah tu dekat sangat pada kita sebenarnya, kita je yang melarikan diri dari Dia. Bila sibuk,ada masalah barulah kita terhegeh-hegeh nak mintak Dia tolong. Bila kita rasa sedih, baru tahu pegang Al-quran. Bila results exam teruk baru kita tahu nak solat cukup 5 waktu. Allahu Rabbi, tak malunya kita ni.

"Maka,nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" -Ar Rahman:13

jadi,ayuhlah sahabat-sahabat seperjuangan, belajar untuk jatuh cinta pada cinta yang tak pernah henti. rasa nak nangis korang tahu bila dapat bantuan "emergency" macam tu.Padan muka kau yaya, degil lagi suka buat kerja last minute gila.

Lastly, kite nak cakap, I LOVE YOU ALLAH.


jari jejoget: berusaha jadi lebih baik ! fighting !

No comments:

Post a Comment