Saturday, 24 August 2013

tiada tajuk yang specific sebab copy paste je. Tehee



                                            


Lumrah manusia. Selalu nak menang. Tercalar maruah kalau kalah. Jadi dipertahan ego yang tinggi melangit. Dipertaruhkan damai semata kerana mahu menang. Padahal sebenarnya kalau kita mahukan kemenangan, kita harus mengalah.

Sungguh.

Mengalah dulu. Beri menang kepada yang berhak. Tidak lama lagi kemenangan untuk kita akan jadi milik yang mutlak. Kalah dulu tak apa-apa.

Biarlah kalah di mata manusia.
Biar tercalar kita menanggung sebal kerana meruntuhkan ego setinggi langit.
Biar.
Biar.
Biar.

Kalah kita hadiah untuk dia.
Hadiah untuk dia yang sepatutnya kita rajakan.
Hadiah kita, menang kita, tibanya kemudian.

Bila?

Saat tuhan memandang kita dengan penuh kasih sayang.
Saat kita diberi pahala atas bersabar.
Saat kita berjaya melawan keinginan untuk berlaku durhaka.
Saat syaitan dan iblis menangis kuat atas teguh pendirian kita.

Mengalah itu tak apa-apa.
Percaya lah !

:: Terfaktab ::

No comments:

Post a Comment